Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?

Semasa haid kulit wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tak serap udara – biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan – lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Ingatlah pemilihan tuala yang betul sangat perlu.

Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelak kulit basah.

Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serap yang kuat agar cecair tidak mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit. Ketiga, lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembab menjadi kering menyebabkan kulit tidak terjejas dan keadaan menjadi selesa.

Menukar tuala wanita mengelakkan masalah
Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Ingatlah jangan menggunakannya terlalu lama, elok ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap padu sentimeter.

Antara penyakit yang sering menyerang wanita tatakala haid ialah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.

Ingat tentang haid, ingat Love Moon!

Bagaimana memilih tuala wanita yang baik?
Tubuh manusia adalah kompleks. Pusingan haid yang dialami menandakan kematangan seseorang wanita yang membawa kebaikan dan mungkin juga ada keburukan. Pusingan haid biasanya berlaku hampir separuh usia seseorang wanita – sekurang-kurangnya 2,000 hingga 3,000 hari. Mengikut teori perubatan Cina, tubuh badan seseorang wanita begitu lemah semasa haid dan jika tiada perlindungan dilakukan, ia boleh menjejaskan kesihatan. Kerana itulah, adalah mustahak membetulkan pelbagai kesalahfahaman semasa didatangi haid.

Kesilapan yang biasa dilakukan semasa didatangi haid

  1. Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukar, nya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.
  2. Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman pada tuala yang belum digunakan.
  3. Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Sebenarnya keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.
  4. Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya.
  5. Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakna tidak berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.
  6. Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.
  7. Menggunakannya dalam tempoh lama. Untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dalam hal ini bukanlah suatu tindakan bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas itu ditukar pada yang baru.
  8. Tuala yang mempunyai ketebalan luar biasa dengan harapan ia tak perl;u ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman.

 Tidak begitu endahkan haid
Kebanyakan wanita merasa tertekan tatkala didatangi haid. Keadaan ini tak sepatutnya berlaku. Setiap wanita harus menganggap ia perkara biasa dan terima ia sebagai satu rahmat Tuhan.

Pengawalan secara total tatkala didatangi haid
Apabila seseorang mengalami haid yang pertama dalam hidupnya, dia tentu menerima pelbagai nasihat daripada ibu, atau mereka yang lebih tua. Antaranya dilarang melakukan senaman berat. Seseorang wanita yang sihat tatkala didatangi haid, ovarinya mengalami perubahan. Pada ketika yang sama, hormon seks menurun. Biasanya pusingan haid cuma antara 28 hingga 30 hari dengan kehilangan darah cuma 50ml. Setiap haid memakan masa 3 atau 7 hari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s